MY FOTO

MY FOTO

peminat serta kawan2 ku...

Wednesday, December 16, 2009

MALAYSIA BOLEH..!!!!!!

pada 11 dec 2009..bola sepak tanah air kite membuat kejutan yg luar biasa..
pada ketika aku melihat video berita kemanangan malaysia terhadap thailand, air mata aku mengalir kegembiraan... Jaringan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-89 membawa skuad bola sepak bawah 23 kebangsaan kita mara ke peringkat separuh akhir acara bola sepak lelaki pada Sukan Sea ke-25 selepas menewaskan juara lapan kali, Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos.
Skuad bimbingan K Rajagobal yang dalam misi "hidup atau mati" bertemu juara bertahan itu yang sekadar memerlukan keputusan seri untuk mara ke separuh akhir bagaimanapun berjaya mengikat asakan Thailand yang mendominasi permainan.

 
Thailand yang dibimbing bekas jurulatih skuad bola sepak Perak, Steve Darby, memperolehi dua percubaan berbahaya hasil gerakan penyerang berkembar mereka Sompong Soleb dan Anawin Jujeen, yang mencemaskan seketika gawang Malaysia.

Malaysia juga tidak kurang hebatnyer, mempunyai tiga peluang yang mampu menghasilkan gol awal namun percubaan daripada Norshahrul Idlan Talaha, S Kunanlan dan Safiq Rahim tersasar untuk keputusan seri tanpa gol pada separuh masa pertama. habis separuh masa pertama tu aku rasakan seakan2 malaysia akan bungkus awal dlm saingan sukan sea kali nie..lebih2 lagi bila Thailand bangkit pada awal babak kedua dan berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-52 menerusi Arthit Suntornpanavej.tp kebangkitan anak buah Rajagobal pada 10 minit terakhir merubah segala2 nyer..hasrat aku utk malaysia jaringkan gol terpaksa menunggu sehingga minit ke-81 untuk mencari gol penyamaan yang dijaringkan oleh Mohd Nasriq Baharom selepas menampan kemas bola ke gol lawan, hasil umpanan Mohamad Muslim Ahmad. Disebab tertekan dengan gol penyamaan itu, skuad Thailand menggandakan asakan tp dapat diserap oleh benteng Malaysia dan prestasi cemerlang dari penjaga gawang, Mohd Sharbinee Allawee. 1st time aku dapat lihat pasukan thailand tertekan bile bertemu malaysia.


Seminit sebelum pengadil Pratap Singh dari India meniup wisel penamat, Ahmad Fakri menggamatkan penyokong Malaysia apabila bola tampanannya, hasil hantaran lintang Norshahrul Idlan Talahan, menerjah jaring Thailand.


Kejayaan skuad bola sepak mencipta sejarah menyingkirkan Thailand adalah kejayaan manis ketika nie apabila mutu bola sepak kita sering di perkatakan dan di pandang sepi...bukan saja org luar malah ada segelintir rakyat kita juga pandang sepi dgn pasukan bola sepak malaysia..
yg paling aku bengang apabila ada yg mengatakan kemenangan malaysia ini adalah nasib semata2....sedih aku dengar...apa la yg diorg nak.. malaysia kalah dgn vietnam dikutuk,..malaysia menang dgn thailand pon diorg nak kutuk...mcm mana bola sepak malaysia nak maju apabila ada segelintir rakyat malaysia yg mcm nie??..org2 yg mcm nie la yg menjatuhkan lg pasukan bola sepak malaysia...pasukan thailand bukan calang2 pasukan. thailand adalah juara lapan kali termasuk pada Sukan Sea Korat dua tahun lalu dan tidak pernah gagal melayakkan diri ke separuh akhir pada temasya sukan dwi-tahunan itu sejak 1973. itupon kita x bangga ke????
bg aku ianye dah cukup membangga kan aku sebagai rakyat malaysia...


seperti di duga, kecemerlangan malaysia diteruskan lagi apabila dgn mudah mengalahkan laos 3-1 dalam separuh akhir..aku malas nak mengulas pasal perlawanan tu...korang pon tgk sendiri ka malaysia main mcm mana??
bg aku malaysia main dah cukup hebat...walaupon x sehebat pasukan MU..tp semangat juang kerjasama antara mereka utk membawa malaysia ke pentas final amat dibanggakan.. 

so,17hb nie malaysia akan bertemu vietnam dalam final...aku akan bg sokongan 100% buat pasukan malaysia...walaupon x mampu memberi sokongan di laos tp aku akan beri sokongan dirumah untuk melihat siaran lansung perlawanan di RTM tv2...
mari la kita sama2 menyaksikan nyer.....di samping itu kita sama2 berdoa agar malaysia pulang membawa kejayaan pingat emas setelah 20thn kita menanti...
MALAYSIA BOLEH...!!!!

p/s: lirik lagu di bawah ni aku tujukan buat kontijen negara yg berjuang di sukan  
       sea laos khusus nye buat pasukan bola sepak malaysia...
       LAGU BERTAJUK FIKIRKAN BOLEH..

Jika kau fikirkan kau boleh

Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan


Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh


Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


       

1 comment:

  1. Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu…. Wow entry yang menarik

    Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

    Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara
    Sebuah persahabatan....
    Terima kasih
    kembara ziarah maya”

    ReplyDelete