MY FOTO

MY FOTO

peminat serta kawan2 ku...

Wednesday, December 16, 2009

MALAYSIA BOLEH..!!!!!!

pada 11 dec 2009..bola sepak tanah air kite membuat kejutan yg luar biasa..
pada ketika aku melihat video berita kemanangan malaysia terhadap thailand, air mata aku mengalir kegembiraan... Jaringan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-89 membawa skuad bola sepak bawah 23 kebangsaan kita mara ke peringkat separuh akhir acara bola sepak lelaki pada Sukan Sea ke-25 selepas menewaskan juara lapan kali, Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos.
Skuad bimbingan K Rajagobal yang dalam misi "hidup atau mati" bertemu juara bertahan itu yang sekadar memerlukan keputusan seri untuk mara ke separuh akhir bagaimanapun berjaya mengikat asakan Thailand yang mendominasi permainan.

 
Thailand yang dibimbing bekas jurulatih skuad bola sepak Perak, Steve Darby, memperolehi dua percubaan berbahaya hasil gerakan penyerang berkembar mereka Sompong Soleb dan Anawin Jujeen, yang mencemaskan seketika gawang Malaysia.

Malaysia juga tidak kurang hebatnyer, mempunyai tiga peluang yang mampu menghasilkan gol awal namun percubaan daripada Norshahrul Idlan Talaha, S Kunanlan dan Safiq Rahim tersasar untuk keputusan seri tanpa gol pada separuh masa pertama. habis separuh masa pertama tu aku rasakan seakan2 malaysia akan bungkus awal dlm saingan sukan sea kali nie..lebih2 lagi bila Thailand bangkit pada awal babak kedua dan berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-52 menerusi Arthit Suntornpanavej.tp kebangkitan anak buah Rajagobal pada 10 minit terakhir merubah segala2 nyer..hasrat aku utk malaysia jaringkan gol terpaksa menunggu sehingga minit ke-81 untuk mencari gol penyamaan yang dijaringkan oleh Mohd Nasriq Baharom selepas menampan kemas bola ke gol lawan, hasil umpanan Mohamad Muslim Ahmad. Disebab tertekan dengan gol penyamaan itu, skuad Thailand menggandakan asakan tp dapat diserap oleh benteng Malaysia dan prestasi cemerlang dari penjaga gawang, Mohd Sharbinee Allawee. 1st time aku dapat lihat pasukan thailand tertekan bile bertemu malaysia.


Seminit sebelum pengadil Pratap Singh dari India meniup wisel penamat, Ahmad Fakri menggamatkan penyokong Malaysia apabila bola tampanannya, hasil hantaran lintang Norshahrul Idlan Talahan, menerjah jaring Thailand.


Kejayaan skuad bola sepak mencipta sejarah menyingkirkan Thailand adalah kejayaan manis ketika nie apabila mutu bola sepak kita sering di perkatakan dan di pandang sepi...bukan saja org luar malah ada segelintir rakyat kita juga pandang sepi dgn pasukan bola sepak malaysia..
yg paling aku bengang apabila ada yg mengatakan kemenangan malaysia ini adalah nasib semata2....sedih aku dengar...apa la yg diorg nak.. malaysia kalah dgn vietnam dikutuk,..malaysia menang dgn thailand pon diorg nak kutuk...mcm mana bola sepak malaysia nak maju apabila ada segelintir rakyat malaysia yg mcm nie??..org2 yg mcm nie la yg menjatuhkan lg pasukan bola sepak malaysia...pasukan thailand bukan calang2 pasukan. thailand adalah juara lapan kali termasuk pada Sukan Sea Korat dua tahun lalu dan tidak pernah gagal melayakkan diri ke separuh akhir pada temasya sukan dwi-tahunan itu sejak 1973. itupon kita x bangga ke????
bg aku ianye dah cukup membangga kan aku sebagai rakyat malaysia...


seperti di duga, kecemerlangan malaysia diteruskan lagi apabila dgn mudah mengalahkan laos 3-1 dalam separuh akhir..aku malas nak mengulas pasal perlawanan tu...korang pon tgk sendiri ka malaysia main mcm mana??
bg aku malaysia main dah cukup hebat...walaupon x sehebat pasukan MU..tp semangat juang kerjasama antara mereka utk membawa malaysia ke pentas final amat dibanggakan.. 

so,17hb nie malaysia akan bertemu vietnam dalam final...aku akan bg sokongan 100% buat pasukan malaysia...walaupon x mampu memberi sokongan di laos tp aku akan beri sokongan dirumah untuk melihat siaran lansung perlawanan di RTM tv2...
mari la kita sama2 menyaksikan nyer.....di samping itu kita sama2 berdoa agar malaysia pulang membawa kejayaan pingat emas setelah 20thn kita menanti...
MALAYSIA BOLEH...!!!!

p/s: lirik lagu di bawah ni aku tujukan buat kontijen negara yg berjuang di sukan  
       sea laos khusus nye buat pasukan bola sepak malaysia...
       LAGU BERTAJUK FIKIRKAN BOLEH..

Jika kau fikirkan kau boleh

Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan


Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh


Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


       

Wednesday, December 9, 2009

RENUNGAN BERSAMA...

Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha  
                Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
                Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
              sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
               berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan
               akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan
              diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Monday, December 7, 2009

BERJALAN-JALAN DI KUALA LUMPUR...

Pada hari sabtu n ahad tempoh ari (5-6hb) aku turun ke kuala lumpur...
saje berjalan-jalan time cuti2 nie...
sambil2 jalan ke kuala lumpur aku buat la temujanji dgn kwn aku di kuala lumpur
untuk berjumpa supaya senang bwk aku jalan2 ke kuala lumpur....

pada ari di janji kan aku tunggu kwn aku tu kat puduraya (5hb/12/09)..sampai disana dalam kul 1pm..
tp dia x dpt jumpe aku kerana keja dia lum settle lagi...x pe la aku tunggu sekejap... sambil aku tunggu tu aku jalan2 la around situ..

mula2 makan McD kat depan mydin....makan sorg2 je.. time makan tu ada la mamat cikai nie pandang aku semacam je... dia dok sebelah meja aku makan tu...
muka dah la serabai...pastu tgk aku mcm x puas ati..aku cuak gak la...takut2 dia nak rompak aku ke...
aku ape lg trus bla....

lepas makan kat McD aku terus kan lagi berjalan ke petaling Street..bukan beli ape pon...saje je cuci2 mata..hehehe...paham2 je la mat saleh kat situ kan ramai..hehehe
sesak sgt jalan situ org ramai membeli belah sambil tawar menawar...bermacam2 ragam dapat di lihat..
aku nie x suke ber sesak2...aku terus keluar  dari situ..keluar dr petaling street aku berjalan terus ke Central Market...

Central Market adalah kedai jualan kraf2 tangan buatan malaysia...mmg cantik2 hasil seni diorg...
aku pon teruja nak beli..tp malas lak nak bwk balik dgn bag...klu bwk kreta lain la...hahaha...
ape yg aku nak puji kat CM tu adalah tandas dia...bersih giler...
berbaloi la bayar 50sen...tandas dia mmg bersih...puas hati la kencing kat situ..hahaha...

penat berjalan aku lepak dok kat sebelah CM tu... aku dok sambil urut2 kaki...lenguh berjalan..hahaha...
kebetulan pulak tgh duduk situ tiba2 ada van jual cendol berhenti depan aku...ape lg aku pon beli la pekena cendol no.1 MALAYSIA kata penjual cendol tu..sedap gak...

sambil makan cendol ada pulak dua org insan seni jalanan main muzik menyanyi kat situ...
aku pulak layan je...best gak suara diorg...
pemuzik jalanan nie mmg berbakat...



aku lupa lak nak snap pic gambar pemuzik tu....sbb tgh syok layan cendol dgn muzik tu aku tiba2 terima panggilan dr kwn aku tu...dia ckp dia ontheway nak jumpe aku n jemput aku...dia kate jalan jem sekarang dia suruh aku tunggu kat stesen putra jelatik... aku ok je...cian gak dia lepas keja trus kena jumpa aku...rasa serba salah pon ada time tu...aku habis kan cendol aku dan aku teruskan perjalan ke stesen putra pasar seni di depan CM..utk destinasi seterusnyer...


sampai stesen jelatik aku tunggu member aku kat situ dalam 15minit kot...habis gak la rokok dua batang aku isap..hahaha... member aku datang dgn member2 dia pulak...terkejut gak aku...iye la..aku mana la biasa dgn member2 dia... aku kan bukan nyer sosial sgt..malu la bila jumpe beramai2...hahaha....malu adalah sifat ku...
tp malu kejap je...sbb member2 dia peramah...mesra...aku rasa selesa la pulak...hahaha..

ktorg lepak kat umah kawan member aku tu...lepak situ hilangkan penat...mlm tu aku bermalam dkt umah member kwn aku tu di keramat.. (mlm x yah la cite...)

sok pg nyer (6hb) diajak kwn aku ke bangi untuk melihat umah baru member kwn aku tu..
aku nie tetamu di kl so aku follow je..best jalan dgn kwn aku nie..mesra je dia..hahaha
balik dr bangi ktorg makan kat kg baru..kwn aku ckp kdai tu ramai org..sbb makan lauk dia bnyk pilihan..bila aku dtg mmg betul ape yg dicakap...ramai org... best lauk kat situ..kenyang aku lg bertambah kenyang sbb kwn aku yg belanja..hahaha

lepas tu malam aku gerak ke rumah kwn aku kat sg buluh damai...
dia ajak bermalam disitu sebelum balik melaka... seperti biasa malam x payah cite la...
time tdo..hahahahah.... xkan tdo pon nak cite kot...hahaha

keesokkan ari nyer aku balik ke melaka dgn senyuman dgn 1001 makna...mcm2 perasaan yg timbul...
suka,duka,sedih, gembira..dan mcm2 lg...yg aku sedih kat kwn aku tu...bila la lgi nak jumpa dia tu...
dia tu keja bz..aku lak keja jauh kat mersing...entah bila dpt jumpe lg..
harap2 dia x lupakan aku la...n klu ada masa lg nnt aku akan turun gak ke kl dan aku akan tempah dia sebagai pemandu pelancong aku yg tetap...hahaha....

 
INI LA KWN AKU..MERANGKAP PEMANDU PELANCONG....
THANKZ...JASA MU TTP DI KENANG SAMAPAI BILA2..
ADA MASA LG NNT JGN SERIK K JUMPA AKU LG....

ADA 3 PERKARA YG AKU KENA UBAH..HEHEHE
1) KENA SENTIASA PAKAI DEODORANT....SBB KWN AKU DH TEGUR AKU..HEHEHE
2) KENA KURANG KAN ROKOK...HEHEHE
3) DALAM POKET KENA STANBY MENTOS SBB LEPAS ISAP ROKOK KENA MENTOS TUK HILANGKAN BAU ROKOK...THANKZ KWN..HEHEH


SAPE LA YG X MINUM SUSU FRESH NIE...
RUGI JE...SEDAP SIOT...
HAHAHA....


P/S: CINTAI LA NEGARA KITA DGN MELANCONG DI MALAYSIA....
CUTI-CUTI MALAYSIA...SAYANGI LAH KWN ANDA..HEHEHE

Tuesday, December 1, 2009

perkenalan tentang diri aku....



Nama betul aku MOHD RODZI BIN RASIDEK. Tapi family aku panggil aku dgn panggilan RODY. Member2 aku lak Kebanyakkan nyer panggil aku dgn panggilan ADY. whatever la...janji panggil aku biar la dgn name yg baik...

Aku dilahirkan tanggal 5 MEI 1984 di HOSPITAL BESAR MELAKA. Kata mak aku, Aku dilahirkan dalam keadaan tak cukup bulan..sebab tu badan aku nie kecik je...hahaha. sekarang umor aku dah 25 tahun tp tinggi aku cuma 161cm dan berat aku 53kg... kira ok la tu. BMI aku kira fit la...hahaha. tak kurus and tak gemok..
sedang2 saje bak kate org..'best dipeluk'..hahahaha




Adik beradik aku ader ramai..ader 12 org semuanyer
6 org lelaki dan 6 org perempuan...tp aku adalah ank yg last...bongsu la...hehehe. nampak manja tak muka aku?

hehehe...tp sebenarnyer aku bukan jenis manja pon...
sbb aku dah di ajar utk hidup berdikari sejak kecil lg...
sejak sekolah lg aku dh dihantar parents utk dok hostel..

bile form 6 xdpat dok hostel aku sewa umah luar dkt dgn sekolah aku... sbb sekolah aku dulu jauh dr umah aku..
dalam 30km jaraknyer... name sekolah aku dulu SEKOLAH
TINGGI MELAKA. habis sekolah alhamdulillah aku terima masuk UITM s.alam. aku amik jurusan IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN.

Dan alhamdulillah aku Lulus dgn jaya nyer walaupon aku x berapa suke jurusan tu...



aku habis je belajar pada akhir tahun 2008.
parents aku ada gak usha2 aku supaya aku terus sambung belajar wat master...tp aku ckp dgn diorg aku nak cari pengalaman kerja dulu... sebulan je aku cuti rehat dari belajar, tup2 ada surat sampai offer keja kat aku...
alhamdulillah bertuah sungguh badan...hehehe.. aku dpt 2 offer dalam 1 masa..satu govmnt satu lagi dr swasta...
walaupon gaji dari syrkt swasta tu besar tp aku lebih pikirkan masa dpn aku... akhirnye aku pilih utk berkerja dgn govmnt.... Dan sekarang aku berkerja sebagai PENDIDIK anak bangsa melaysia...aku dihantar posting di negeri JOHOR di daerah MERSING.

Ini la serba sedikit tentang diri aku...Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aku...rajin2 la buka blog aku dan baca la tentang suka duka perjalanan hidup aku sebagai seorg PENDIDIK ANAK BANGSA MALAYSIA...
jumpe lagi...BABAI....

"CONTOHILAH SEBATANG LILIN YG SEPANJANG HIDUPNYE BERKORBAN UNTUK MENERANGI ORG LAIN WALAUPUN MEMAKAN DIRINYA SENDIRI"
-puteraAdy-